Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tesla Tidak Lagi Mengatakan Cybertruck Akan Mula Dikeluarkan Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tesla Tidak Lagi Mengatakan Cybertruck Akan Mula Dikeluarkan Tahun Ini


Tesla Cybertruck ialah lori pikap pertama dari syarikat yang diasaskan oleh Martin Eberhard dan Marc Tarpenning. Semasa diperlihatkan kepada umum pada tahun 2019, Tesla mengatakan ia akan mula dikeluarkan pada tahun 2020 sebelum ditangguh ke 2022. Tetapi menurut laporan Edmunds, laman Tesla kini tidak lagi mengatakan pikap ini akan tiba ke tangan pelanggan yang melakukan tempahan tahun ini.

Tiada lagi tarikh diberikan bilakah Cybertruck akan dikeluarkan di kilang-kilang mereka. Sepanjang pembangunan, Cybertruck dilaporkan mengalami pelbagai masalah kerana menggunakan bahan besi tahan karat yang sukar dibentuk, pek kuasa, dan spesifikasi akhir. Dengan penangguhan, syarikat lain seperti GMC dan Ford telahpun mengesahkan trak elektrik mereka akan mula dipasarkan tahun ini.

Cybertruck bukanlah produk pertama yang mengalami kelewatan dari tarikh asal yang dijanjikan oleh Elon Musk. Tesla Semi yang diumumkan pada tahun 2017 pada asalnya akan mula dikeluarkan pada tahun 2019 tetapi kini ditangguh ke 2023. Hyperloop yang dibincangkan pada tahun 2012 sehingga kini hanya sekadar prototaip yang dibuktikan mustahil untuk menjadi realiti kerana kos yang melampau.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.