Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandang Pertama Realme 9i – Ada Skrin 90Hz, Tapi Tiada 5G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandang Pertama Realme 9i – Ada Skrin 90Hz, Tapi Tiada 5G


Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya dan kini tiba tahun 2022 dengan hadapan landskap teknologi dihiasi lambakan lebih banyak perkara menarik. Seperti biasa, permulaan tahun turut memperlihatkan para pengeluar hadir dengan pelbagai penawaran baharu untuk rangkaian produk masing-masing. Salah satu daripadanya adalah Realme.

Di mana, jenama ini telah mengesahkan bahawa Realme 9i bakal tiba di pasaran tempatan tidak lagi. Ia merupakan sebuah peranti dengan janaan cip Snapdragon 680 dan kami telah diberi akses awal untuk mencubanya dalam masa yang singkat. Tanpa melengahkan masa, ini adalah artikel pandang pertama kami untuk Realme 9i.


Spesifikasi Ringkas Peranti

Vivo V23 5G
Skrin 6.6-inci IPS LCD, 1080 x 2400 (FHD+), 90Hz
Pemproses Snapdragon 680 4G (6 nm)
Cip 4 x 2.4 GHz Kryo 265 Gold
4 x 1.9 GHz Kryo 265 Silver
Cip Grafik Adreno 610
RAM 4GB
Muatan Dalaman 128GB
Kamera Utama 50 + 2 + 2 Megapixel
(f/1.8 + f/2.4 + f/2.4), 1080p@30fps
Kamera Depan 16-Megapixel (f/2.1), 1080p@30fps
Bateri 5,000mAh
Pengecasan Pantas 33W
SIM/Telefoni SIM Nano + SIM Nano + MicroSD
NFC
Infra Merah
Kalis Air
Sistem Imbasan Pengimbas Cap Jari Sisi
Imbasan Wajah
Harga Jualan Akan Dikemaskini

Rekaan & Skrin

Dari segi rekaan luaran, ia cukup kemas dan minimalis. Ia boleh dilihat menerusi rekaan panel belakangnya dengan kemasan yang digelar sebagai Stereo Prism Design. Ia diilhamkan oleh interaksi antara cahaya dan prisma yang kemudiannya diindahkan lagi dengan cara tersendiri. Sekaligus, ia mampu mewujudkan satu kemasan cukup menarik.

Seterusnya apabila diteliti, panel belakang ini turut memberikan sedikit pantulan cahaya yang menarik untuk dilihat – terutamanya apabila anda mendapatnya dalam kemasan berwarna Prism Blue. Cumanya, ia tidak memberikan sebarang perubahan warna yang begitu ketara melaluinya. Sebagai pilihan, terdapat juga Realme 9i dalam kemasan berwarna Prism Black yang mungkin agak ‘cliche’. Tetapi, ia masih menarik pada pandangan sesetengah pengguna yang lazimnya mahukan peranti dengan kemasan ringkas tapi praktikal.

Dalam pada itu, peranti juga mempunyai tiga kamera di belakang dengan LED Flash dengan susunan yang sama seumpama Realme GT Neo2. Perlu kami akui, permukaan panel belakang ini agak licin tetapi ia mampu memberikan pengalaman cengkaman yang sangat baik. Namun begitu, masalah paling ketara yang boleh dilihat adalah kotoran cap jari yang sangat mudah melekat. Ini disebabkan panel belakang diperbuat daripada bahan berkilat. Sehinggakan, kami terpaksa mengelap panel belakang ini dengan kerap bagi membersihkan kotoran berkenaan.

Tiada juga jaminan untuk peranti akan kekal cantik selamanya. Kami sendiri berpendapat, peranti ini semestinya mudah terdedah kepada masalah calar-calar halus yang mungkin tidak disengajakan. Sekaligus, ia kelak merosakkan nilai kosmetik peranti. Oleh itu, penggunaan kerangka pelindung adalah disarankan pada masa sama, Realme turut menyediakannya secara percuma di dalam kotak pembelian.

Seterusnya, Realme 9i dilengkapi skrin sebesar 6.6-inci dan kadar segar semula 90Hz. Ini bermakna pengalaman mental pada peranti akan terasa lebih lancar berbanding skrin 60Hz biasa. Ia juga menggunakan skrin rata sejenis LCD dengan rekaan berlubang untuk peletakan kamera swafoto. Ia nampak kemas dengan saiz bezel yang seimbang pada bahagian sisi dan atas peranti. Buat masa ini, tiada komen negatif berkaitan skrin yang boleh diberikan. Sebabnya, ia mempunyai kecerahan yang baik untuk kegunaan harian. Boleh dikatakan, ia lebih baik berbanding pendahulunya iaitu Realme 7i kerana sokongan resolusi lebih tinggi.

Sisi kanan menempatkan butang kuasa yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Prestasi adalah memuaskan dengan kebolehan menyahkunci peranti dengan pantas setiap kali digunakan. Seterusnya, butang laras suara dan talam SIM diletakkan pada sisi kiri. Melaluinya, dwi-sim dan kad microSD boleh digunakan secara serentak kerana ia menyokong sehingga tiga slot kad berbeza. Turut melengkapinya, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo pada bahagian sisi bawah.


Antara muka & Pengalaman Penggunaan

Realme 9i menggunakan sistem operasi Realme UI 2.0 yang dibina berasaskan Android 11. Sama seperti sebelumnya, terdapat pelbagai ciri dan fungsi yang pelbagai. Misalnya seperti ciri tema bagi mengubah tupa antaramuka menjadi lebih menarik. Di samping itu, terdapat juga ciri tambahan lain seperti mod tema gelap yang boleh diubah-suai, kawalan gesture, multi-windows, game space, Smart Sidebar, dan banyak lagi. Turut kelihatan, Realme masih mempunyai masalah aplikasi gendut (bloatware) yang sedia, muat turun.

Seperti yang telah kami katakan di beberapa perenggan di atas, Realme 9i menggunakan cip Snapdragon 680. Ini adalah cip 4G yang mana menurut Realme, ia menjanjikan peningkatan kuasa CPU sehingga 25% dan peningkatan GPU sehingga 10% berbanding Snapdragon 662. Kemudian, unit yang kami terima dibekalkan dengan memori 4GB RAM bersama storan dalam mencapai 128GB. Sebagai tambahan, terdapat juga ruang penambahan menerusi kad microSD dan RAM Maya mencapai 5BG bergantung kepada variasi model. Oleh itu, rasanya mencukupi bagi mereka yang merasakan ruang memori yang disertakan pada awalnya adalah kecil.

Pada awal penggunaan, ia memberikan pengalaman sebuah peranti mampu milik yang baik-baik sahaja. Di mana, tatalan terasa baik memuaskan dalam mod 90Hz. Sentuhan juga dapat dikesan dengan baik. Dalam erti kata mudah, tiada perkara negatif boleh kami katakan mengenai penggunaan peranti pada waktu ini. Namun begitu, kami akan mencubanya dengan lebih menyeluruh bagi melihat prestasi peranti daripada masa ke semasa dan berkongsinya dalam artikel ulasan kelak.

Melengkapi peranti juga adalah bateri sebesar 5,000mAh. Ia turut menyertakan pengecasan pantas 33W secara berwayar. Menurut Realme, tahap pengecasan sepenuhnya mengambil masa 70 minit. Spesifikasi lain ialah Bluetooth 5.0 dan Wifi 2.4/5GHz. Tiada sebarang tahap kemampuan kalis air yang disertakan, tetapi Realme masih bermurah hati menyertakan bicu audio 3.5mm bagi mereka yang masih memerlukan sambungan audio secara berwayar.


Kamera

Sistem tri-kamera digunakan dengan lensa utama 50 -Megapixel, lensa potret 2-Megapixel dan lensa makro 2-Megapixel. Sementara itu, kamera swafoto pula adalah 16-Megapixel. Tidak dapat dipastikan mengapa, Realme begitu gemas menyertakan lensa potret dan makro pada kebanyakan peranti keluarannya. Pada hemat kami, penggunaan sensor sudut-lebar dirasakan lebih baik kerana kami pasti tidak ramai di antara kita yang menggunakan sensor potret dan makro.

Perkara lain yang terdapat pada sokongan kameranya termasuklah beberapa mod fotografi yang pelbagai. Antaranya seperti Night Mode, Ultra Macro, Panoramic View dan banyak lagi. Kemudian, kemampuan melakukan rakaman video pula adalah hanya sehingga 1080P/30fps untuk kedua-dua belah kamera. Proses mengakses kesemua fungsi serta mod yang disediakan juga terasa mudah kerana antara muka kamera ini adalah cukup pengguna.


Kesimpulan

Dari penggunaan yang singkat ini, kami merasakan Realme 9i membawakan pakej yang boleh dikatakan agak biasa ditemui pada kebanyakan peranti Realme sedia ada. Sungguhpun begitu, ini tidaklah bermaksud segala-galanya sama. Sebaliknya, peranti masih tetap mempunyai beberapa peningkatan berbanding pendahulunya Realme 7i. Misalnya seperti skrin serta memori dan storan lebih besar, pengecasan yang lebih pantas dan pembesar suara yang menyokong audio stereo.

Tetapi kami tahu ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaannya sebagai peranti harian. Seperti biasa, nantikan ulasan penuhnya dalam masa terdekat. Sehingga artikel ini ditulis, harga jualan rasmi peranti turut belum diketahui. Namun begitu, kami di Amanz pasti akan mengemaskininya selepas ia diumumkan kelak.


Pro

  • Rekaan yang selesa dipegang.
  • Resolusi skrin yang lebih baik.
  • Sokongan memori dan storan lebih besar
  • Pengecasan pantas dengan kuasa output mencapai 33W.
  • Pembesar suara stereo.

Kontra

  • Kapasiti bateri agak kecil.
  • Penggunaan skrin IPS LCD yang baik-baik sahaja.
  • Lensa potret dan makro sekadar gimik.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.