Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Mulakan Ujian Langganan – Bayar Untuk Ikuti Kandungan Eksklusif Dari Sesuatu Akaun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Mulakan Ujian Langganan – Bayar Untuk Ikuti Kandungan Eksklusif Dari Sesuatu Akaun


Instagram hari ini mengumumkan pengenalan ujian untuk ciri Instagram Subscriptions. Melalui ciri ini, ia membolehkan seseorang penerbit kandungan di Instagram menawarkan langganan berbayar – sekaligus memberikan kandungan eksklusif kepada mereka yang melanggan.

Untuk makluman, ciri seumpamanya sedia ditawarkan melalui YouTube dan Twitch – dimana pengguna melanggan atau membayar penerbit kandungan untuk mengikuti penerbitan eksklusif dari sesuatu saluran.

Pada Instagram, penerbit kandungan boleh tetapkan harga antara 99 sen sehingga $99 sebulan. Instagram mengatakan sesuatu akaun atau profil boleh bukan sahaja menjana pendapatan melaluinya, dan pada masa yang sama turut membolehkan anda berinteraksi dengan lebih dekat dengan peminat dan pengikut tegar.

Dengan langkah ini juga, untuk penerbit kandungan di eksklusif boleh memilih sama ada ingin menerbitkan kandungan secara terbuka kepada semua, atau melakukan perkongsian langsung dan Stories kepada mereka yang membayar sahaja.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan untuk 10 akaun di Amerika Syarikat sahaja dalam usaha menguji penerimaannya. Instagram turut mengatakan mereka tidak akan mengambil sebarang caj sehingga 2023 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.