MediaTek Berkongsi Visi 6G – Dengan Jangkaan Mencapai Kelajuan 1Tbps
MediaTek hari ini menerbitkan dokumen visi 6G mereka, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara yang bakal dibawakan oleh teknologi komunikasi generasi akan datang.
Rangkaian 6G dijangka akan digunakan meluas seawal 2030 kelak. Secara kasar, ia dilihat akan menawarkan kadar kelajuan sehingga 100 kali ganda berbanding dengan rangkaian 5G. Pada kadar paling tinggi, 6G disasar akan menawarkan kelajuan mencapai 1Tbps.
Untuk tujuan berkenaan, 6G akan menggunakan kepelbagaian spektrum, termasuk gelombang berbentuk sub-Thz.
Dengan kelajuan rangkaian dan waktu pendam yang rendah, ia akan membawa kepada penggunaan sejumlah aplikasi baharu. Antaranya adalah termasuk kebolehan panggilan holografik, penggunaan untuk industri, metamesta dan sebagainya.
MediaTek menyasarkan piawaian untuk 6G mungkin ditetapkan pada 2026/27, dan dikomersilkan bermula 2030 kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment