iPhone SE Gen 3 Mungkin Dilancarkan Seawal April Ini
Anda mahukan iPhone yang paling mampu milik? Jika jawapan anda ialah ya kami menyarankan anda menunggu untuk membeli peranti sehingga bulan Mei ini. Menurut ciapan dari Ross Young pagi ini, Apple telah memulakan pengeluaran komponen panel skrin untuk iPhone SE Gen3 dengan peranti dijangka dilancarkan secara rasmi pada bulan April dengan penjualan pula bermula Mei.
Ini adalah berdasarkan apa yang dilakukan oleh Apple sebelum ini semasa melancarkan iPhone SE Gen 2 pada tahun 2020 serta AirTags dan iMac M1 tahun lalu. Sedikit mengecewakan iPhone SE Gen 3 dijangka mengekalkan rekaan lama skrin 4.7″ dengan butang home fizikal tetapi dilengkapi cip Apple A15 Bionic bersama dengan sokongan rangkaian 5G. Dengan rekaannya yang kecil, iPhone SE sering menjadi pilihan mereka yang masih memerlukan sebuah peranti iOS yang bersaiz kecil seperti rekaan klasik iPhone asal.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment