Hi! Welcome Back and Stay Tune! Joby Aviation Dan SK Telecom Akan Menawarkan Perkhidmatan Teksi Terbang Di Korea Selatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Joby Aviation Dan SK Telecom Akan Menawarkan Perkhidmatan Teksi Terbang Di Korea Selatan


China menjadi negara pertama menawarkan perkhidmatan teksi terbang tetapi hanya untuk pelancong menerusi EHang. Negara seterusnya yang akan mempunyai perkhidmatan teksi terbang ialah Korea Selatan selepas Joby Aviation menandatangani perjanjian dengan SK Telecom. Kedua-dua syarikat ingin menawarkan perkhidmatan teksi terbang elektrik ke seluruh Korea Selatan.

Teksi terbang Joby Aviation dilengkapi enam motor elektrik dengan kipas yang boleh disendengkan untuk penerbangan mendatar dan berpusing ke atas untuk terbang menegak seperti helikopter. Setiap pesawat boleh membawa lima penumpang pada kelajuan maksimum 321 km/j dan jarak operasi 241 kilometer.

Pelanggan di Korea Selatan kelak boleh menggunakan aplikasi UT oleh SK Telecom untuk menyeru bukan sahaja kereta tetapi juga teksi terbang. Kepakaran pemetaan dan telekomunikasi SK Telecom dilihat dapat membantu operasi Joby Aviation di Korea Selatan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.