Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perisian Hasad Baru Sasar Lebih 40 Dompet Kripto, Termasuk MetaMask – Curi Akses Dompet Kripto - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perisian Hasad Baru Sasar Lebih 40 Dompet Kripto, Termasuk MetaMask – Curi Akses Dompet Kripto


Dengan pelbagai dompet kripto kini beroperasi berasaskan pelayar web, sebuah perisian hasad baru hadir, menyasarkan pengguna dompet kripto pada pelayar web.

Perisian hasad ini menyasarkan pelbagai dompet kripto yang dipasang sebagai pemalam pada pelayar web berasaskan Chromium – termasuk seperti MetaMask, Nifty Wallet, Coinbase Wallet, Ronin Wallet, Binance Chain Wallet, TronLink, dan sebagainya.

Perisian hasad ini dinamakan Mars Stealer, membolehkan mencuri akses dan kekunci peribadi pengguna. Mars Stealer ini juga meninggalkan sistem dan memadam kehadiran diri sendiri selepas selesai mencuri data yang dikehendaki.

NFT

Pelayar web yang terkesan adalah termasuk Google Chrome, Microsoft Edge, da juga Brave – sementara Firefox dan Opera pula dilihat lebih terdedah kepada mencuri akses ke dompet kripto.

Buat masa ini, ia dilihat tersebar secara atas-talian melalui laman web pengehosan fail, torrent, dan sebagainya. Dengan pelbagai pautan berkaitan kriptowang yang kadang-kala pelik, ia dilihat lebih mudah tersebar berbanding kebiasaan.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan ciri pengesahan dwi-faktor dalam melindungi akaaun dan elak menjadi mangsa



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.