Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Membuang Lebih 100 Episod Podsiar Joe Rogan Kerana Kandungan Berunsur Perkauman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Membuang Lebih 100 Episod Podsiar Joe Rogan Kerana Kandungan Berunsur Perkauman


Nilai pasaran Spotify jatuh dua minggu lalu selepas mereka memilih untuk menarik kandungan Neil Young dan bukannya membuang episod podsiar Joe Rogan yang mengandungi maklumat tidak sahih mengenai Covid-19 dan vaksin. Walaupun sokongan diberikan oleh CEO Daniel Ek kepada Rogan, hujung minggu lalu 113 episod The Joe Rogan experience telah dibuang dari Spotify.

Episod-episod ini dibuang selepas video menunjukkan Rogan menggunakan cacian berunsur perkauman yang menghina bangsa kulit hitam dan menyamakan sebuah bandar dengan filem Planet of The Apes. Selepas video tersebut tular, Rogan telahpun memohon maaf secara terbuka menerusi laman Instagram beliau. Kesemua episod yang bermasalah ini diterbitkan sebelum beliau menandatangani perjanjian eksklusif $100 juta dengan Spotify.

Kehilangan episod ini disedari oleh laman JRE Missing yang mengemaskini episod-episod yang boleh distrim menerusi Spotify. Selepas menerima kritikan orang ramai, Rogan sendiri berjanji akan memastikan kandungan podsiar beliau lebih seimbang bagi memastikan membincangkan isu-isu penting secara lebih adil. Pada waktu ini The Joe Rogan Experience ialah podsiar paling popular di dunia dengan jutaan pendengar setiap hari.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.