Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran iPhone SE Dan AirPods Kerana Kurangnya Permintaan
iPhone SE 2022 baru sahaja memasuki pasaran tempatan dan juga global tetapi kini muncul laporan pengeluarannya akan dikurangkan pada suku seterusnya. Ini dilakukan kerana pengurangan permintaan diakibatkan oleh peperangan dan peningkatan inflasi di seluruh dunia.
Menurut Nikkei Asia, Apple sudah memberitahu pembekal pengeluaran iPhone SE 2022 akan dikurangkan di antara 2-3 juta pada suku seterusnya. Sementara itu Ming-Chi Kuo pula meramalkan pengeluaran iPhone SE adalah di antara 15-20 juta sahaja sepanjang 2022 yang menyusut dari ramalan asal beliau antara 25-30 juta sebelum ini.
Apple juga dilaporkan mengurangkan pengeluaran AirPods sehingga 10 juta unit tahu ini atas sebab yang sama. Perang di Ukraine sudah berlanjutan lebih sebulan dan Apple tidak lagi menjual produk mereka di negara tersebut. Ini dan pelbagai isu lain sudahpun mendatangkan kesan kepada Apple dan pastinya juga kepada pengeluar lain.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment