Xiaomi Pula Didakwa Mengurangkan Kuasa CPU Dan GPU Mengikut Aplikasi
Awal bulan ini Samsung terpaksa meminta maaf selepas perisian GOS yang digunakan pada siri Galaxy S mengurangkan kuasa CPU serta GPU bagi mengawal penggunaan bateri serta mengurangkan suhu. Kuasa hanya tidak dihalang semasa menjalankan aplikasi penanda aras. Samsung segera mengeluarkan kemas kini bagi membenarkan pemilik menyahkatifkan GOS sekiranya perlu.
Kini menurut Android Authority, Xiaomi pula didakwa melakukan perkara yang sama pada peranti Xiaomi Mi 11. John Poole pengasas Geekbench menghantar ciapan yang mendapati prestasi penanda aras akan berkurangan apabila ia disamarkan sebagai aplikasi Genshin Impact atau Fortnite. Pengurangan prestasi mencecah 30% dalam ujian yang dilakukan oleh beliau. Ini menurut beliau adalah bukti Xiaomi turut mempunyai senarai aplikasi yang akan dikurangkan kuasa oleh sistem operasi.
Secara peribadi kami merasakan sistem operasi menggunakan algoritma untuk mengurangkan kuasa CPU dan GPU bagi mengawal haba serta penggunaan bateri bukanlah isu yang besar. Tetapi setiap pengguna sepatutnya diberikan pilihan untuk mengaktifkannya sendiri.
Ia menjadi isu besar beberapa tahun yang lalu sekiranya iOS mengesan bateri tidak lagi mampu memberikan arus yang optimum. Apple dan Samsung segera menyelesaikan isu ini dan kini Xiaomi perlu melakukan perkara yang sama.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment