Xiaomi Melancarkan Tablet E-Ink Dengan Bateri Bertahan 6 Minggu
Peranti dengan skrin e-ink amat serasi digunakan sebagai pembaca ebuku kerana hanya memerlukan kuasa elektrik apabila kandungan ingin ditukar. Baru-baru ini semakin banyak pula tablet e-ink mula ditawarkan kepada pengguna. Di China Xiaomi Duokan Electronic Paper Book Pro II baru sahaja dilancarkan dengan bateri bertahan enam minggu.
Skrin e-ink sebesar 7.8″ beresolusi 1872 x 1404 pixel ini menyokong 24 tahap keterangan skrin, dijana cip empat teras K3566, memori sebesar 2GB RAM, storan 32GB dan bateri pula sebesar 3,200mAh.
Peranti boleh membaca pelbagai format teks seperti EPUB, PDF, TXT, EXCEL, PPT dan banyak lagi. Di China Xiaomi Duokan Electronic Paper Book Pro II dijual pada harga RMB 1,299 (~RM 861) sebuah.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment