Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Pixel Watch Tertiris Dijumpai Di Restoran – Gaya iPhone 4 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Pixel Watch Tertiris Dijumpai Di Restoran – Gaya iPhone 4


Salah satu kisah ketirisan popular dalam arena peranti adalah penemuan versi akhir iPhone 4 sebelum ia dilancarkan kepada umum, disebuah restoran di Amerika Syarikat. Ia sekaligus menjadi salah satu kisah ketirisan peranti yang hangat diperkatakan.

Kini, dengan ramai menantikan pengenalan jam tangan Google Pixel Watch, sekali lagi kisah seumpamanya berulang apabila jam tangan pintar berkenaan tertiris apabila dilihat tertinggal di salah satu restoran – dan dikongsikan melalui Android Central.

Ia hadir dengan rekaan yang tertiris sebelum ini, dan turut menyertakan butang pemulas tersendiri di tepi. Mengikut info awal, jam tangan pintar ini dikatakan versi ujian untuk pasukan Pixel.

Jam tangan pintar ini dijangka hadir dengan cip Exynos keluaran Samsug, dan dilengkapi dengan sistem operasi Wear OS. 

Versi yang dijumpai di restoran ini juga tidak beroperasi, dan sekadar memaparkan ikon Google sahaja apabila dimulakan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkannya. Mungkinkah kita melihatnya pada acara Google I/O pada tahun hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.