Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Band 7 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Rekaan Lebih Nipis Dan Ringan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Band 7 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Rekaan Lebih Nipis Dan Ringan


Huawei sedia hadir dengan beberapa penawaran gelang tangan pintar tersendiri. Seperti yang lain, ia juga dilengkapi fungsi serta ciri yang memfokuskan terhadap beberapa aktiviti dan kesihatan pengguna. Ini termasuklah kebolehan mengimbas nadi, mod sukan terbina dan sebagainya.

Terbaharu, Huawei dilaporkan dalam perancangan untuk pengenalan seutas lagi gelang tangan pintar baharu menerusi Huawei Band 7. Biarpun belum ada kepastian, namun menurut spekulasi awal ia mungkin diperkenalkan pada 28 April 2022. Reka bentuknya juga kini tertiris, di samping turut menyertakan beberapa ciri baharu.

Huawei band 7 dikatakan hadir dengan tubuh lebih nipis dan ringan berbanding pendahulunya. Melaluinya, ia bakal memiliki tubuh dengan ketebalan kurang daripada 1cm dan berat pula sekitar 16 gram. Ia juga mungkin tersedia dalam beberapa warna seperti jingga, hitam, hijau dan putih.

Kemudian, antara ciri-ciri baharu yang mungkin menyokongnya termasuklah boleh dihubungkan dengan skrin pintar, pembayaran wechat, akses pantas membalas mesej pendek dan jangka hayar bateri mencapai dua minggu lamanya.

Bagi melihat penawaran lanjut, sama-sama nantikan perkembangan berkaitan Huawei Band 7 ini dari masa ke semasa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.