Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony WH-1000XM5 Tertiris Dengan Ketahanan Bateri Hingga 40 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony WH-1000XM5 Tertiris Dengan Ketahanan Bateri Hingga 40 Jam


Sony WH-1000XM4 boleh dikatakan set fon kepala pembatalan hingar aktif premium dengan pelbagai ciri baharu. Ini termasuklah gabungan kualiti audio yang mantap beraama jangka hayat bateri cukup baik. Bagi yang menantikan model kemaskininya, pelancaran Sony WH-1000XM5 besar kemungkinan semakin hampir kerana rekaannya telah tertiris ke arena web.

Menurut sumber, Sony WH-1000XM5 akan mempunyai kebolehan pembatalan hingar aktif yang lebih baik. Dari segi rekaan, ia kelihatan sedikit berbeza dengan model sebelumnya. Di mana, engsel yang menghubungkan kedua-dua cawan telinga kini berbentuk bulat. Pada masa sama, logo syarikat turut terpampang jelas padanya. Tidak ketinggalan, kusyen telinga juga kini lebih tebal dan sudah semestinya lebih selesa untuk digunakan.

Sony WH-1000XM5 dikatakan mampu menawarkan jangka hayat bateri sehingga 40 jam dengan mod pembatalan aktif. Dengan ini, kita boleh menjangkakan mungkin penambahbaikan akan dilakukan pada kapasiti bateri.

Di samping itu, ia juga akan mempunyai kemampuan pembatalan hingar aktif yang dipertingkatkan. Melaluinya, dua cip khusus dan tiga mikrofon digunakan bagi membolehkan kesan bunyi yang ideal. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong sambungan Bluetooth 5.1 dan mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Sumber : SparrowNews


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.