Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Tidak Mahukan Pengguna Kongsi Semula Video TikTok Di Reels - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Tidak Mahukan Pengguna Kongsi Semula Video TikTok Di Reels


Instagram kini telah menjadi platform memfokuskan kepada pencipta kandungan seperti TikTok. Dahulu platform media sosial ini memofkuskan kepada perkongsian imej, kini adalah video mengikuti jejak langkah TikTok.

Banyak juga ciri daripada TikTok secara perlahan telah diimplementasikan dalam platform ini. Malah, Instagram turut membuka akaun TikTok untuk mempromosikan penggunaan Reels mereka. Terkini, Instagram telah dikemaskini dengan ciri tag produk, tag yang lebih mempromosikan diri pengguna serta pencapaian kedudukan sesuatu kandungan berdasarkan keaslian kandungan.

Tag produk sebelum ini terhad dengan pengguna terpilih. Dengan menawarkan ciri ini secara lebih meluas, pengguna boleh tag produk kegemaran untuk cuba sampaikan kandungan ke lebih banyak penonton. Ciri tag lagi satu adalah untuk tag diri sendiri dalam satu kategori seperti tukang masak, artis, penyanyi dan sebagainya. Melalui tag ini, kandungan pengguna akan capai kepada pengguna lain yang meminati kategori sama.

Ciri lagi satu adalah mengenai keaslian kandungan. Kandungan pengguna hanya akan menjadi popular atau tular jika ia adalah kandungan asli yang dihasilkan daripada Instagram sendiri. Menurut Adam Mosseri selaku ketua Instagram, capaian kandungan asli adalah lebih baik berbanding kongsi semula kandungan yang diambil daripada platform lain. Apa yang beliau maksudkan di sini adalah, hentikan kongsi video TikTok di Reels dan cipta kandungan sendiri dari mula.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.