Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini Perisian MagSafe Battery Pack Menaik Taraf Kuasa Pengecasan Daripada 5W Ke 7.5W - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini Perisian MagSafe Battery Pack Menaik Taraf Kuasa Pengecasan Daripada 5W Ke 7.5W


Sejak siri iPhone 12 diperkenalkan, saya semakin gemar menggunakan iPhone sebagai peranti harian. Semua disebabkan oleh MagSafe dengan pelbagai aksesori seperti cagak dalam kereta, dompet dan juga pek bateri atau power bank.

Tidak dinafikan penggunaan MagSafe ini adalah menyeronokkan. Aksesori rasmi MagSafe Apple iaitu MagSafe Battery Pack adalah sejenis power bank bermagnet yang boleh mengecas iPhone 12 ke atas secara nirwayar dengan melekatkan aksesori ini pada belakang peranti. Ia akan cas peranti pada kadar 5W.

Terkini MagSafe Battery Pack ini telah menerima kemaskini perisian 2.7. Kemaskini ini menaik taraf kelajuan pengecasan daripada 5W kepada 7.5W. Kemaskini perisian yang “menyahkunci” ciri yang wujud tetapi dihalang dari awal adalah sesuatu yang saya benci tapi suka. Kenapa tidak berikan sahaja daripada awal, itu tidak pasti.

Kemaskini ini akan memudahkan pengguna MagSafe Battery Pack. Anda boleh beli aksesori ini pada harga RM479. Kapasiti pek bateri ini adalah 1460mAh, boleh memberi sekitar 50% tambahan bateri peranti ketika memerlukannya.

Sumber: 9to5Mac


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.