Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jawatankuasa Pengguna EU Mengundi Untuk Menggunakan USB-C Sebagai Port Pengecasan Standard - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jawatankuasa Pengguna EU Mengundi Untuk Menggunakan USB-C Sebagai Port Pengecasan Standard


Bagi majoriti peranti elektronik, port pengecasan USB-C telah lama digunakan. Tetapi syarikat seperti Apple masih berkeras menggunakan port Lightning pada iPhone misalnya. Tetapi ketegasan mereka ini akan dicabar selepas jawatankuasa pengguna dan pasaran Kesatuan Eropah (EU) telah mengundi 43-2 untuk menggunakan USB-C sebagai port pengecasan standard di negara-negara ahli.

Ini adalah selari dengan hasrat Kesatuan Eropah yang turut ingin menggunakan USB-C sebagai standard dengan ia akan diundi di peringkat parlimen. Sekiranya menerima undi yang cukup, EU akan memerlukan kesemua peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba, fon kepala, permainan, tablet, tetikus, jam tangan pintar dan TWS menggunakan USB-C bermula 2026.

Penggunaan hanya satu jenis kepala pengecas adalah bagi mengurangkan lambakan sampah elektronik yang kini mencecah 13,000 tan setahun.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.