Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kredit ePemula RM150 Melalui Dompet Digital Boleh Dipohon Belia Bermula Esok, 11 April - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kredit ePemula RM150 Melalui Dompet Digital Boleh Dipohon Belia Bermula Esok, 11 April


Kerajaan kini telah mengumumkan para belia berusia 18 tahun sehingga 20 tahun, dan juga pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT), boleh melakukan permohonan untuk kredit sebanyak RM150 melalui dompet digital bermula esok, 11 April 2022, dibawah program e-Pemula.

Anda boleh melakukan permohonan melalui dompet digital yang menyertai inisiatif ini, iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan juga Touch ’n Go eWallet.

Dibawah inisiatif ePemula ini, selain daripada kredit RM150 daripada kerajaan, penyedia dompet digital ini juga akan menawarkan insentif tambahan dalam bentuk pulangan tunai, baucar, mata ganjaran dan sebagainya.

Tempoh pendaftaran program ini adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022. Kredit yang diterima perlulah dibelanjakan sebelum 10 Jun 2022 kelak.

Berikut merupakan syarat untuk penerima ePemula:

  • mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004), atau
  • merupakan pelajar sepenuh masa diperingkat diploma, atau SKM4, dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar.
Layari : ePemula MOF


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.