Hi! Welcome Back and Stay Tune! PerantiSiswa – Tablet Perlu Dipulangkan Kepada Pusat Pengajian Selepas Pelajar Habis Belajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PerantiSiswa – Tablet Perlu Dipulangkan Kepada Pusat Pengajian Selepas Pelajar Habis Belajar


Kerajaan telah sedia mengumumkan inisiatif Peranti Siswa, yang mana akan menyediakan peranti pintar kepada para pelajar dari golongan B40 dalam memudahkan urusan pembelajaran.

Melalui program berkenaan, seramai 400,000 pelajar seluruh negara dijangka akan menerima manfaat. Permohonan untuk PerantiSiswa ini akan dibuka mulai 15 April ini, dan peranti akan diedarkan kepada pelajar mulai minggu kedua Jun.

Buat masa ini, peranti yang akan diberikan belum dinyatakan lagi oleh pihak Kerajaan.

Namun, berkongsi lanjut, ia dikongsikan yang mana peranti pintar berkenaan boleh digunakan selagi mana para pelajar berada di pusat pengajian. Setelah tamat belajar, mereka boleh serahkan semula peranti berkenaan kepada pusat pengajian.

Ia dikatakan, konsep ini adalah konsep kebolehgunaan peranti percuma selama tempoh mereka menjadi pelajar dan ia tidak boleh pindah milik, tidak boleh dijual, tidak boleh dihilangkan, sebab selagi mereka masih belajar peranti itu akan dikira masih berdaftar sebagai milik kerajaan. Secara kasar, ia berfungsi seperti penawaran Skim Pinjaman Buku Teks, dimana buku yang dipinjamkan perlu dipulangkan apabila selesai sesuatu tahap pengajian.

Peranti yang akan diagihkan ini juga mempunyai jaminan, termasuk jika berlaku kerosakan, pelajar boleh kembalikan untuk diganti baharu. Maklumat lanjut berkenaan program ini dijangka akan dikongsikan selepas 15 April ini.

Mengikut perkongsian awal sebelum ini, tablet ini dijangka akan hadir dengan saiz minima 10.1-inci, dijana memori sekurang-kurangnya 4GB RAM, selain turut hadir dengan papan kekunci serta stylus.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.