Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Keunikan Projektor Samsung The Freestyle - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Keunikan Projektor Samsung The Freestyle


Apabila pengumuman pembukaan semula operasi perniagaan dan juga kembalinya negara tanpa Perintah Kawalan Pergerakan, pelbagai aktiviti kini dapat dilakukan. Rakyat kini bebas bergerak antara negeri, dan melakukan pelbagai aktiviti.

Namun apabila pergi meninggalkan rumah, jika anda perlu membawa laptop atau tablet untuk menonton filem mahupun rancangan kegemaran, pastinya terdapat masalah dari segi saiz paparan. Justeru anda memerlukan projektor mudah alih.

Mungkin di pejabat anda terdapat projektor namun boleh diakui, projektor yang biasa di pasaran adalah bersaiz besar dan tidak mudah dibawa bersama. Samsung sewaktu acara CES tahun lalu telah mengumumkan Samsung The Freestyle, iaitu projektor mudah alih yang boleh anda bawa ke merata tempat. 

Berikut merupakan 5 ciri utama Samsung The Freestyle untuk anda ketahui.

Saiz sebesar tin Milo

Kebiasannya setiap pembelian projektor, turut menyertakan beg untuk menyimpannya bagaikan laptop. Namun ia berat dan sensitif untuk dibawa kemana-mana. Samsung menyelesaikan masalah ini dengan mencipta The Freestyle pada saiz hampir menyerupai tin Milo.

Malah, dengan berat kurang dari 1kg membolehkan anda membawa projektor ini kemana-mana. Ia tidak akan memakan ruang yang besar dalam apa jua keadaan, dan dengan berat yang ringan membuatkan ia lebih mudah digunakan.

Lontaran Imej Sehingga 100-inci

Jika saiz paparan merupakan isu utama anda yang tidak membuatkan anda gemar mengusung laptop atau tablet sewaktu bercuti, maka anda boleh menarik nafas lega kerana projektor Samsung The Freestyle ini boleh melontarkan imej sehingga 100 inci.

Apa yang anda perlu lakukan adalah meletakkan projektor ini lebih jauh dari dinding sekitar 8 kaki atau sekitar 2 meter, dan ia masih dapat melontarkan imej dengan jelas. Malah projektor ini yang melontarkan imej pada resolusi FHD 1920×1080 turut menyokong HDR10 jadi kualiti gambar video yang anda dapat tonton adalah baik dan mencukupi.

Sudut Lontaran Bebas Dilaras 

Satu lagi keunikan The Freestyle yang tidak ada pada projektor lain adalah sudut boleh larasnya yang pelbagai. Kebanyakkan projektor hanya boleh diletakkan secara mendatar, dan hanya memancarkannya kepada dinding yang bersudut tegak.

Lain pula halnya dengan The Freestyle dimana dengan sudut lontaran bebas dilaras pelbagai sudut, pengguna boleh turut melaraskan lontaran imej kearah siling. Jadi anda boleh berbaring diruang tamu, dan menonton filem di permukaan siling. Kedengaran kelakar namun agak praktikal. 

Sokongan Pelbagai Aplikasi Penstriman Video dan Muzik

Projektor Samsung The Freestyle ini menyokong aplikasi penstriman popular seperti YouTube, Netflix, Prime Video, Apple TV+ malah turut menyokong aplikasi muzik iaitu Apple Music dan juga Spotify.  

Jika anda memilih untuk memainkan kandungan media, anda perlu menggunakan dongal dengan hab USB-C membolehkan ia membaca kandungan media anda.

Jadikan Paparan Sekunder Menggunakan Samsung DeX

Anda juga boleh menggunakan Apple AirPlay 2 atau Samsung SmartView jika ingin menjadikan projektor ini sebagai paparan sekunder. Malah anda juga boleh menghubungkan peranti Samsung anda bagi melancarkan Samsung DeX.

Menarik lagi, projektor ini turut mempunyai Ambient Mode, membolehkan ia memaparkan gambar pilihan sewaktu ia tidak memainkan sebarang kandungan, membolehkan projektor ini amatlah sesuai jika anda gunakan di tempat pameran.


Projektor Samsung The Freestyle ini dijual pada harga RM 4,999 dan dengan kelima-lima faktor diatas, boleh dikatakan dengan rekaan dan penggunaannya yang sangat praktikal, membolehkan ia patut diusung merata tempat baik di rumah atau sewaktu melancong. 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.