Boeing Starliner Akhirnya Berjaya Dilancarkan Dan Berlabuh Di ISS
Kapal angkasa Boeing Starliner ialah salah satu sistem yang digunakan oleh NASA untuk menghantar krew ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas Space Shuttle berhenti beroperasi hampir sedekad lalu. Beberapa ujian yang sepatutnya dijalankan terpaksa ditangguhkan beberapa kali kerana isu dengan roket yang digunakan.
Pada hujung minggu lalu Starliner akhirnya berjaya dilancarkan dari Cape Canaveral dengan kapal angkasa dihantar tanpa sebarang krew manusia. Kemudiannya Starliner meneruskan perjalanan ke ISS dan berlabuh menggunakan sistem swapandu.
Misi Orbital Flight Test-2 (OFT-2) ini ialah yang pertama berjaya berjalan dengan lancar. Misi OFT-1 pada tahun 2019 terpaka dibatalkan dan ia kembali ke bumi setelah kapsul dilancarkan ke orbit yang salah membuatkan ia gagal berlabuh dengan ISS.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment