Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Reno8 Pro Akan Menggunakan Cip Snapdragon 7 Gen 1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Reno8 Pro Akan Menggunakan Cip Snapdragon 7 Gen 1


Siri Oppo Reno8 bakal dilancarkan di China pada hari ini (23 Mei 2022). Ia sekaligus menjadi penawaran terkini daripada Oppo untuk siri berkenaan. Dalam masa sama, Oppo juga dijangka turut menyertakan penambah-baikan yang menarik bersama-samanya. Siri ini dijangka tiba dalam beberapa variasi berbeza yang terdiri dengan Oppo Reno8 dan Oppo Reno8 Pro.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Oppo kini berkongsi informasi lanjut mengenai cip pemprosesan untuk variasi pro. Ia menunjukkan peranti bakal tiba dengan janaan cip Snapdragon 7 Gen 1. Ini adalah cip berteknologi 4nm lengkap dengan sokongan GPU 20% lebih baik berbanding Snapdragon 778G.

Dalam perkembangan berbeza, Oppo turut menjanjikan sistem kamera dengan kebolehan fotografi lebih baik menerusi siri Oppo Reno8. Besar kemungkinan ia juga akan disertakan dengan sokongan cip Marisilicon X seperti yang digunakan pada peranti mercunya iaitu siri Oppo Find X5.

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi pada peranti. Ia bakal terjawab sepenuhnya pada acara pelancaran rasmi nanti.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.