Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMD Dikatakan Sedang Membangunkan Cip Pemprosesan Berasaskan Teknologi AM4 Untuk Steam Deck 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMD Dikatakan Sedang Membangunkan Cip Pemprosesan Berasaskan Teknologi AM4 Untuk Steam Deck 2


Konsol permainan Steam Deck baru sahaja dilancarkan pada awal tahun ini, dan menampakkan kesukaran untuk dibeli kerana isu bekalan komponen yang masih lagi membelenggu dunia. Tetapi popularitinya dilihat memberi semangat kepada Valve untuk membangunkan sebuah konsol yang lebih baru.

AMD dilaporkan sedang membangunkan cip pemprosesan baru yang dinamakan Little Phoenix yang menggunakan gabungan teknologi AM4 (AMD Ryzen 5000) dan juga cip grafik RDNA 3 yang belum dilancarkan lagi didalamnya. Ura-ura awal mengatakan bahawa cip ini akan tampil dengan empat teras dan boleh digerakkan sepantas 4GHz untuk prestasi sehingga 50 peratus lebih baik berbanding dengan cip Aerith yang digunakan dalam Steam Deck pertama.

Buat masa ini, komponen terbaru AMD ini masih lagi dikategorikan sebagai ura-ura, tetapi pembangunan untuk Steam Deck 2 telahpun dilaporkan dengan Gabe Newell, pengasas dan presiden syarikat Valve mengatakan sendiri bahawa versi termahal Steam Deck dilaporkan adalah versi paling laku konsol tersebut, dan ia akan mencorakkan bagaimana Steam Deck 2 akan dibangunkan kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.