Mark Zuckerberg Memperlihatkan Rekaan Beberapa Prototaip Set AR Yang Dihasilkan Meta
Semalam rekaan konsep set AR yang diperlihatkan oleh Meta bagi menunjukkan visi mereka untuk menjadikan metamesta teknologi yang digunakan setiap hari. Tetapi untuk merealisasikan impian ini, pelbagai prototaip telah dihasilkan oleh Meta Reality Labs dengan kesemuanya tidak akan ditawarkan kepada orang ramai.
Sungguhpun begitu Mark Zuckerberg berkata setiap satunya adalah seperti sebuah mesin masa yang membantu untuk merealisasikan impian Meta menjadi syarikat metamesta utama dunia. Sebanyak 24 prototaip diperlihatkan dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Antara yang menarik ialah Starburst yang mampu memaparkan imej HDR dengan keterangan sehingga 20,000 nits. Ianya terlalu berat untuk dipakai degan selesa di kepala dan mempunyai dua tangkai pemegang pada bahagian sisi serta kipas penyejuk besar di bahagian atas.
Rekaan prototaip Holocake 2 pula adalah lebih ringan dan futuristik. Ia mempunyai rekaan yang lebih nipis pada bahagian lensa kerana menggunakan teknologi optik lensa hologram. Teknologi lensa hologram ini telah diperlihatkan oleh Meta pada tahun 2020 sehingga ia kelihatan seperti sebuah kaca mata biasa.
Meta akan berkongsi lebih banyak mengenai teknologi realiti maya dan terimbuh mereka di acara SIGGRAPH yang akan berlangsung pada bulan Ogos. Berdasarkan prototaip-prototaip yang diperlihatkan, Meta memang serius dalam usaha untuk menjadikan penggunaan set kepala AR dan VR sesuatu yang normal mirip karya sains fiksyen.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment