Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna iPhone Boleh Memintas Pengesahan CAPTCHA Dengan iOS 16 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna iPhone Boleh Memintas Pengesahan CAPTCHA Dengan iOS 16


Sistem pengesahan CAPTCHA yang membezakan pengguna manusia ataupun bot adalah sangat membuang masa. Kadang kala imej yang dipilih betul sekalipun dikatakan salah kerana 2 mikrometer gambar lampu isyarat terkeluar dari kotak yang tidak ditekan. Bagi mereka yang benci dengan CAPTCHA, anda mungkin boleh mula berpindah ke iPhone masa terdekat.

Pada iOS 16 terdapat ciri yang diberi nama Automatic Verification. Apabila diaktifkan laman web yang menggunakan CAPTCHA akan membolehkan pengguna iOS memintas sistem pengesahan identiti ini. Ini dilakukan menerusi ciri Private Access Token yang digunakan bersama dengan Apple ID pengguna. Oleh sebab itu ciri ini hanya boleh dinikmati pengguna ciri Sign in With Apple yang diperkenalkan tahun 2019.

Cloudflare dan Fastly adalah antara perkhidmatan yang sudahpun mengesahkan akan menyokong Private Access Token dan sekaligus sistem Automatic Verification. Jadi mana-mana laman yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan akan dapat digunakan pengguna iPhone tanpa perlu lagi risau dengan CAPTCHA.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.