Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Memperkenalkan Lockdown Mode Pada iOS, iPadOS dan macOS Untuk Mengelakkan Serangan Perisian Intipan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Memperkenalkan Lockdown Mode Pada iOS, iPadOS dan macOS Untuk Mengelakkan Serangan Perisian Intipan


Sejak dua tahun yang lalu penggunaan perisian intipan (spyware) seperti Pegasus mula mendapat perhatian ramai kerana ia telah ditemukan pada peranti milik wartawan, ahli politik, ketua negara, aktivis dan NGO. Perisian hasad ini juga dipercayai menjangkiti telefon pintar milik Jamal Kashoggi dan digunakan oleh kerajaan Arab Saudi untuk merancang pembunuhan beliau.

NSO Group yang membangunkan Pegasus telah disaman oleh syarikat seperti Facebook dan Apple. Tetapi mereka masih beroperasi dan perisian masih digunakan oleh agensi kerajaan untuk mengintip. Apple hari ini mengumumkan Lockdown Mode yang akan diperkenalkan menerusi kemas kini iOS 16, iPadOS 16 dan macOS Ventura akan datang.

Dengan Lockdown Mode beberapa ciri pada peranti akan dikurangkan dan halangan akses yang lebih tinggi dikenakan bagi mengelakkan pemilik dari serangan perisian intipan serta penggodam. Ia diakses menerusi tetapan Privacy & Security dalam peranti. Apabila diaktifkan sendiri oleh pengguna yang ingin meningkatkan tahap sekuriti peranti mereka berikut akan berlaku.

  • Message – Pautan/lampiran yang dihantar kecuali gambar akan dihalang. Kemampuan melakukan prebiu pautan ke laman web juga turut dihalang.
  • FaceTime – Panggilan video dari individu yang tidak dikenali akan dihalang. Jemputan dari pengguna yang tidak dikenali turut akan dihalang.
  • Pelayar Web – Beberapa teknologi yang digunakan untuk melayari web akan dihalang seperti JavaScript. Kesemua pelayar selain Safari yang menggunakan WebKit akan turut disokong mod ini.
  • Kesemua aksesori yang melakukan sambungan berwayar pada peranti akan dihalang sekiranya peranti dikunci. Menggodam menggunakan kabel pengecas tidak lagi boleh dilakukan.
  • Photos – Ciri berkongsi album dengan pengguna lain dihalang bersama dengan semua jenis jemputan.
  • Profil konfigurasi tidak boleh dipasang dan peranti tidak boleh dimasukkan ke dalam sebarang sistem pengurusan peranti yang mungkin digunakan oleh syarikat untuk kegunaan kakitangan.

Dengan Lockdown Mode Apple menunjukkan mereka memandang serius privasi pengguna peranti keluaran mereka dan memastikan mereka sekurang-kurangnya tidak lagi perlu risau dengan serangan perisian intipan



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.