Hi! Welcome Back and Stay Tune! Set Kepala Meta Project Cambria Mungkin Dilancarkan Sebagai Meta Quest Pro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Set Kepala Meta Project Cambria Mungkin Dilancarkan Sebagai Meta Quest Pro


Set kepala realiti terimbuh mercu dari Meta sedang dibangunkan di bawah Project Cambria. Beberapa maklumat yang dikongsi sebelum ini mendedahkan ia akan menjadi set kepala AR yang berkuasa dengan kemampuan memaparkan realiti terimbuh berwarna pada skrin beresolusi tinggi.

Kini menurut laporan Bloomberg, di dalam kod pada aplikasi terkini Meta terdapat ciri menambah alat kawalan kanan untuk Meta Quest Pro. Ini pastinya nama yang akan digunakan oleh set kepala AR ini kelak. Terdapat kamera resolusi tinggi di bahagian luar, ciri penjejakan mata, storan lebih besar, skrin resolusi lebih tinggi dan alat kawalan baharu.

Meta tidak memberikan sebarang komen mengenai penemuan pagi ini tetapi secara lazimnya Meta melancarkan seta kepala realiti mata dan realiti terimbuh mereka pada bulan Oktober. Meta komited untuk menghasilkan set kepala yang menyokong dunia metamesta Facebook Horizon mereka dengan beberapa lagi set kepala yang mampu milik dan untuk permainan video turut akan diumumkan di masa hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.