Shopee Mengalami Masalah Teknikal – Memaparkan Mesej “Ralat Pelayan”
Shopee, salah satu laman edagang popular di Malaysia kini mengalami masalah teknikal pada jualan 7.7.
Ramai pengguna dipaparkan dengan notis “Ralat Pelayan” apabila menambah barangan untuk membeli. Terdapat juga sejumlah pelanggan yang mengalami kesukaran untuk melihat barangan penawaran pada platform jualan tersebut.
Ramai pengguna Shopee turut telah menyatakan berkenaan masalah ini pada laman sosial, termasuk pada Facebook Shopee sendiri.
Pihak Shopee dalam balasan, meminta pengguna untuk “Clear Cache” pada peranti atau aplikasi Shopee, memulakan semula aplikasi, atau memasang semula aplikasi sekiranya masalah berterusan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment