Apple Watch Pro Dijangka Hadir Dengan Rekaan Baharu – Selepas Sekian Lama
Apple pada tahun ini dijangka memperkenalkan beberapa variasi jam tangan pintar, dan salah satunya adalah Apple Watch Pro.
Apple Watch Pro dijangka hadir dengan skrin lebih besar, masa penggunaan bateri lebih lama, disamping ketahanan lebih baik.
Terbaru, mengikut Bloomberg, Apple turut dijangka membawakan rekaan serba baharu bersama Apple Watch Pro kelak. Kali terakhir Apple memperkenalkan perubahan pada rekaan adalah pada Apple Watch Series 4 lepas.
Ia dijangka masih mengekalkan rekaan segi empat, dan merupakan evolusi daripada rekaan sedia ada – dan bukannya berbentuk bulat seperti penawaran pengeluar lain.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan bulan September ini untuk melihat rekaan baharu jam tangan Apple kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment