China Lebihkan Fokus Dalam Bangunkan Sistem Operasi Saingi Windows Dan MacOS
Dalam mempercepatkan lagi pembangunan sistem operasi tersendiri, China telah menubuhkan Kylinsoft. Terbaru, dalam mempercepatkan lagi pembangunan sistem operasi dan menambah pelbagai sokongan dan ciri baharu, kini sebuah komuniti sumber terbuka ditubuhkan, dinamakan openKylin.
Pembangunan sistem operasi tersendiri ini adalah dalam usaha mengurangkan kebergantungan China terhadap barat, terutamanya Amerika Syarikat.
Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini Huawei bergantung kepada Android untuk telefon pintar mereka. Tetapi, disebabkan oleh halangan kerajaan Amerika Syarikat, perniagaan mereka terkesan, dan kini Huawei telah membangunkan ekosistem tersendiri dibawah HarmonyOS.
Untuk sistem operasi komputer pula, di China, hampir 74% pegangan pasaran adalah oleh Windows. Dalam usaha mengurangkan kebergantungan, sistem operasi Kylin ini dibangunkan.
Kylin pada awalnya dibangunkan untuk ketenteraan, tetapi telah diperluaskan kepada penggunaan komersil sejak 2014 lepas. Pada hari ini, Kylinsoft ditawarkan untuk sejumlah konfigurasi CPU, dan paling popular adalah V10 yang turut boleh berjalan menggunakan cip HiSilicon keluaran Huawei.
Dengan pengenalan openKylin ini, tidak mustahil kita melihat pembangunan sistem operasi ini lebih drastik dan pantas, selain pembangunan lebih meluas lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment