Hi! Welcome Back and Stay Tune! KKM – Jangan Beli Air Zamzam Atas Talian Kerana Ia Mungkin Palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KKM – Jangan Beli Air Zamzam Atas Talian Kerana Ia Mungkin Palsu


Musim menunaikan haji tiba lagi dan anda pasti ada melihat iklan air zamzam dijual di platform media sosial utama. Tetapi sekiranya anda terdetik untuk membeli, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan amaran bahawa air zamzam yang dijual secara atas talian mungkin tidak asli.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata air zamzam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Untuk mengimportnya masuk ke Malaysia, lesen perlu dipohon menerusi KKM.

Namun begitu kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan air zamzam dieskport atau diperdagangkan. Tanpa sijil dari Arab Saudi yang mengesahkan sumber air, lesen tidak boleh dikeluarkan oleh KKM. Maka oleh sebab itu ketulenan air zamzam yang dijual secara atas talian di Malaysia adalah diragui.

Ini bukanlah isu baharu dan sebenarnya sudah berbangkit sejak 2014 apabila kerajaan Saudi menghadkan kuota 5 liter air zamzam seorang sahaja boleh dibawa balik jemaah haji yang merupakan separuh daripada kuota terdahulu.

Untuk musim haji 2022, air zamzam tidak boleh dibawa masuk ke dalam ruang bagasi pesawat juga oleh pihak penguasa bagi mengelakkan ia diperdagangkan setibanya ke negara luar. Sementara itu isipadu air maksimum yang boleh dibawa masuk dalam kabin pula hanya 100 mL sekaligus menghalang jemaah dari membawa pulang air zamzam.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.