Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meta Menghentikan Dompet Digital Novi Bermula 1 September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meta Menghentikan Dompet Digital Novi Bermula 1 September


Meta mengumumkan aplikasi dompet digital Novi mereka akan dihentikan bermula 1 September. Novi yang pada asalnya dilancarkan pada tahun 2020 sebagai dompet digital untuk mata wang Diem. Kesatuan Diem yang ditubuhkan untuk menyokong mata wang digital ini telah dijual pada awal tahun ini.

Facebook Libra

Pengguna Novi tidak lagi boleh menambah kredit ke dalam aplikasi bermula 21 Julai 2022. Mereka disarankan untuk memindahkan wang yang ada ke bank secepat yang mungkin sebelum 1 September.

Projek mata wang digital Meta menghadapi pelbagai tentangan semasa diumumkan sebagai Calibra tiga tahun lalu. Dengan mata wang sendiri, meta ingin memudahkan pemindahan di kalangan pengguna mereka di peringkat global tanpa halangan perbankan yang wujud selama ini.

Pada awalnya ia mendapat sokongan bank, kad kredit dan aplikasi utama sebelum ianya ditarik satu persatu kerana isu privasi yang mungkin wujud sekiranya data dikongsi dengan Facebook pada waktu tersebut.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.