Elon Musk Cabar CEO Twitter Untuk Debat Terbuka Berkaitan Dengan Bot Di Twitter
Elon Musk sedia menuduh Twitter menipu data berkaitan dengan kadar bot pada platform mereka, sekaligus membatalkan pembelian Twitter. Perkara ini telah pun dinafikan oleh Twitter berkali-kali, malah sejumlah data turut telah diberikan kepada Elon Musk untuk semak sendiri.
Namun, terbaru, nampaknya Elon Musk masih tidak berpuas hati, dan kini mengajak CEO Twitter untuk berdebat secara terbuka berkaitan dengan bot pada platform tersebut.
Apa pun, perdebatan ini mungkin tidak akan berlaku. Ini kerana Twitter sedia memfailkan saman dan perbicaraan akan berlaku di mahkamah pada bulan Oktober kelak.
Maka, mungkin kita perlu nantikan pada bulan Oktober kelak untuk melihat perdebatan antara Elon Musk dan juga Twitter, dihadapan juri dan hakim – sekaligus melihat siapakah dipihak yang tepat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment