Hi! Welcome Back and Stay Tune! NASA Ingin Menggunakan Angkasawan Pencen Sebagai Pelatih Pelancong Ke ISS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NASA Ingin Menggunakan Angkasawan Pencen Sebagai Pelatih Pelancong Ke ISS


Dianggarkan terdapat sekitar 200 angkasawan pencen dari NASA yang masih hidup. Dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan menawarkan peluang kepada orang awan untuk menjadi pelancong angkasa lepas, NASA akan menggunakan khidmat angkasawan pencen untuk menjadi pelatih dan pemandu pelancong.

Keputusan diambil selepas menerima maklum balas krew ISS yang menerima lawatan pelancong angkasa dari Axiom Space pada April lalu. Krew berkata tugas menjaga pelancong dan melatih mereka adalah terlalu membebankan dengan mereka turut perlu melakukan tugasan harian ISS.

Angkasawan pencen yang berpengalaman boleh membantu pelancong melakukan latihan di bumi sebelum mereka ke ISS dan kemudian memastikan mereka tidak mengganggu tugas krew sepanjang tempoh lawatan.

Dengan Axiom Space akan menyambungkan modul studio perfileman dan hotel ke ISS dalam masa beberapa tahun sahaja lagi, usaha mengurangkan beban kepada krew sebenar harus diambil sekarang. Penawaran pakej kepada pelancong oleh NASA terpaksa dilakukan kerana kerajaan A.S akan mengurangkan dana yang diberikan kepada agensi supaya mereka lebih berdikari.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.