Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Akan Menyokong Gambar 9:16 Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Akan Menyokong Gambar 9:16 Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi


Instagram akan menjadi seperti TikTok dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh pengguna untuk menghalang ini daripada berlaku. Untuk bersaing dengan TikTok aplikasi yang dahulunya mementingkan kandungan gambar akan memberikan tumpuan kepada video skrin penuh. Selepas mendengar maklum balas pengguna sejak kebelakangan ini, Adam Mosseri mengesahkan sokongan mengambil gambar pada nisbah menegak 9:16 di Instagram akan diberikan dalam masa seminggu dua lagi.

Selama ini nisbah menegak ini hanya disokong dengan baik pada Stories sahaja. Dengan Instagram ingin menjadikan paparan seakan TikTok norma baharu kepada semua pengguna, sokongan gambar menegak ini akan diberikan secara rasmi. Sebelum ini sokongan gambar 9:16 diuji oleh sebilangan kecil pengguna pada Mei lalu.

Perubahan ini pastinya akan menerima lebih banyak tentangan. Tetapi seperti mana gambar tidak lagi hanya segi empat sama dan sokongan video diberikan beberapa tahun yang lalu, pengguna akan akhirnya menerima perubahan kerana pada waktu ini tidak ada platform alternatif lain yang sebaik Instagram.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.