India Ingin Haramkan Jualan Telefon Keluaran China Dibawah Harga RM650
India dilihat ingin lebih mengawal ekonomi tempatan serta membantu syarikat pengeluar peranti tempatan mereka. Terbaru, India sedang melihat kepada pengenalan undang-undang baharu, yang mungkin mengharamkan pengeluar China daripada menjual telefon pintar pada harga kurang 12000 Rupee (~RM670) di India.
Dengan langkah ini, India ingin menghalang pengeluar China daripada menjual peranti pada segmen berspesifikasi rendah. Pada hari ini, di India, kategori tersebut diterajui pengeluar seperti Xiaomi dan juga Realme.
Langkah ini akan membantu jenama tempatan seperti Lava dan juga Micromax di India.
Ia juga dikatakan pengeluar China menjual peranti pada harga “rugi”, membawa kepada persaingan tidak sihat dengan pengeluar tempatan. Dan dengan perubahan ini, ia akan memperlihatkan jenama keluaran China hanya bersaing pada peranti berspesifikasi tinggi dan pertengahan sahaja.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment