Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Rider” Penghantar Kelak Perlu Daftar Lesen Vokasional, Had Umur Tidak Kurang 18 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Rider” Penghantar Kelak Perlu Daftar Lesen Vokasional, Had Umur Tidak Kurang 18 Tahun


Kerajaan kini dalam perancangan untuk melakukan pindaan pada akta berkaitan pengangkutan, dengan memberikan fokus terhadap penghantar makanan dan barangan melalui motosikal.

Antara pindaan yang sedang dilihat adalah memindah had umur penunggang perkhidmatan penghantar barangan kepada tidak kurang dari 18 tahun (berbanding 21 tahun) pada hari ini.

Disamping itu, selain perlu mempunyai Lesen Memandu Kompeten dalam kelas motosikal, penghantar makanan juga perlu mempunyai Lesen Vokasional.

Ekonomi Gig Foodpanda

Lesen tambahan ini juga akan memberikan latihan tambahan, kerana terdapat aduan mengatakan penghantar makanan atau barangan ini tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Dengan langkah ini juga, ia akan membolehkan kerajaan mengetahui jumlah mereka yang menyertai arena penghantaran makanan atau barangan ini, disamping turut boleh mengawal-selia serta menjaga kebajikan mereka yang terlibat.

Pengawal-seliaan juga akan membolehkan keperluan lain seperti perlindungan insurans, kawalan tahap pengoperasian, dan beberapa yang lain.

Menteri Pengangkutan mengatakan tiga Rang Undang-Undang bagi meminda akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen pada sesi akan datang.

Sumber : Wee Ka Siong


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.