Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo V25 Pro Bakal Dilengkapi Dengan Dimensity 1300, Pengecasan Pantas 66W - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo V25 Pro Bakal Dilengkapi Dengan Dimensity 1300, Pengecasan Pantas 66W


Vivo V25 Pro kini telah ditemui tersenarai menerusi laman rasmi Vivo India. Ia bakal menjadi model kemas kini yang turut memfokuskan terhadap kebolehan kamera. Di samping itu, konsep kemasan yang diketengahkan juga tampak baik dengan kerangka peranti yang boleh berubah warna.

Skrin pula sejenis melengkung dengan ciri tambahan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya, panel belakang pula mempunyai sistem tri-kamera yang menyokong sensor utama 64MP (OIS). Dalam masa sama, kameranya turut dibekalkan ciri penstabilan video untuk kebolehan rakaman lebih baik. Seterusnya, cip MediaTek Dimensity 1300, kebolehan RAM Maya mencapai 8GB dan bateri 4,830mAh turut digunakan pada peranti. Sebagai tambahan, bateri tersebut urut menyokong sistem pengecasan pantas dengan kuasa output 66W.

Ini sahaja maklumat mengenai peranti yang diketahui buat masa ini. Pada masa sama, tiada tarikh pelancaran rasmi yang dikongsi tetapi dengan ketirisan ini kita mungkin akan dapat melihat pengenalannya tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.