Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kominfo Indonesia Meminta Maaf Kepada Golongan Gamer Kerana Menghalang Steam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kominfo Indonesia Meminta Maaf Kepada Golongan Gamer Kerana Menghalang Steam


Minggu lalu Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (Kominfo) mula menghalang beberapa perkhidmatan dan laman atas talian yang tidak mendapatkan permit PSE yang membolehkan mereka beroperasi dalam negara. Antara yang terkesan ialah Steam dan Epic Games yang ketika artikel ini ditulis masih dihalang aksesnya.

Semalam Ketua Pengarah Kominfo Semuel Abrijani Pangerapan memohon maaf kepada golongan gamer kerana menghalang Steam. Menurut beliau langkah perlu diambil bagi memenuhi keperluan undang-undang negara. Beliau yang juga mengaku seorang gamer berkata pihak Steam misalnya sudahpun menunjukkan akan memohon permit yang diperlukan. Sejurus selepas ini dilakukan, halangan ke atas Steam akan ditarik.

Pada waktu yang sama Kominfo telah memberikan akses sementara selama lima hari kepada Paypal bagi membolehkan warga Indonesia memindahkan dana yang disimpan sebelum ia kembali dihalang sekiranya tidak memohon permit PSE.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.