Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG Dan SoundHound Bekerjasama Membangunkan Sistem Kawalan Suara Dalam Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG Dan SoundHound Bekerjasama Membangunkan Sistem Kawalan Suara Dalam Kereta


Menggunakan arahan suara untuk mengawal peranti adalah perkara mudah apabila kami di rumah. Tugasan seperti mengaktifkan penggera, memberikan peringatan dan mengawal sistem lampu pintar sudah biasa dilakukan setiap hari. Tetapi melakukan perkara yang sama dalam kereta sedikit sukar kerana terdapat terlalu banyak pencemaran bunyi dan boleh menyebabkan tumpuan kepada pemanduan terganggu.

LG dan SoundHound mengumumkan kerjasama membangunkan kecerdasan buatan generasi baharu yang akan digunakan pada sistem info hibur kenderaan. Kepakaran SoundHound dalam mengenalpasti audio dan suara akan digunakan untuk menjadikan sistem yang bakal digunakan lebih baik berbanding sistem sedia ada.

Antara yang boleh dilakukan kelak ialah mengawal pelbagai sistem kereta seperti menurunkan tingkap dengan kawalan suara. Pemandu boleh melakukan pesanan makan terus menerusi sistem info hibur kenderaan dalam perjalanan pulang ke rumah. Ini diharap bukan sahaja akan menjadi sistem kawalan suara lebih baik tetapi turut mengurangkan gangguan kepada pemandu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.