Vivo Y02s Hadir Dengan MediaTek Helio P35, Bateri 5000mAh
Ura-ura mengenai kewujudan Vivo Y02s sudah mula kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Mengulas lanjut mengenainya, ia didapati telah tersenarai di laman rasmi Vivo Global yang menunjukkan lengkap dengan spesifikasi kelas asas. Bagaimanapun, harga jualan dan tarikh pelancaran rasmi masih belum didedahkan setakat ini.
Vivo Y02s menggunakan skrin sebesar 6.51-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ (1600 X 720 piksel). Cip MediaTek Helio G35 digunakan dengan memori 3GB RAM dan storan mencapai 64GB. Pelancar Funtouch OS 12 berasaskan Android 12 turut digunakan pada peranti. Kamera utama terdiri dengan 8MP (f/2.0), sementara itu kamera swafoto pula 5MP (f/2.2). Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5,000mAh dengan pengecasan 10W, sambungan port USB-C, bluetooth 5.0 dan sebagainya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment