OnePlus 10T Kini Rasmi – Snapdragon 8+ Gen 1, 50MP Tanpa Hasselblad Dan 150W SuperVOOC
Selepas OnePlus Malaysia kembali dengan telefon pintar OnePlus Nord 2T dan Nord CE 2 Lite bersama-sama dengan OnePlus Buds Pro dan OnePlus Nord Buds – kini mereka bersedia untuk terus melancarkan peranti mercu baharu. Sudah lama OnePlus tidak mengadakan acara pelancaran untuk peranti mercu dan yang menarik kali ini adalah, pelancaran di Malaysia berlaku serentak dengan peringkat global.
Peranti yang dilancarkan hari ini adalah OnePlus 10T 5G, iaitu peranti mercu baharu selepas OnePlus 10 Pro. Ia juga adalah peranti mercu “T” OnePlus selepas setahun tidak hadir dengan siri ini, yang mana kali terakhir adalah pada OnePlus 8T tahun 2020.
OnePlus 10T hadir dengan skrin 6.7-inci FHD+ 1,080 x 2,412 piksel, LTPO2 AMOLED, 120Hz dengan sokongan paparan HDR10+. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan memori mencapai 16GB RAM LPDDR5 dengan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.
Peranti ini menggunakan format rekaan “crater” design, di mana panel kaca belakang peranti bergabung dengan bonggol kamera. Ia adalah satu rekaan dengan falsafah tanpa beban atau burdenless yang ingin menawarkan pengalaman penggunaan yang selesa pada tangan pengguna. Peranti ini juga adalah peranti mercu pertama OnePlus yang tidak mempunyai butang ikonik Alert Slider untuk mengawal nada dering peranti dari berbunyi ke bergetar dan ke bisu.
Peranti ini hadir dengan konfigurasi tri-kamera 50MP Sony IMX766 f/1.8 + 16MP f/2.2 sudut ultra lebar + 2MP f/2.4 makro dan kamera swafoto 32MP f/2.5. OnePlus juga tidak menyertakan teknologi Hasselblad pada peranti ini kerana ingin fokus kepada prestasi berbanding forografi, sama seperti peranti OnePlus siri T sebelum ini. Walaupun begitu, OnePlus masih menyertakan beberapa ciri kamera tersendiri mereka seperti Image Clarity Engine (ICE), OnePlus HDR 5.0 dan TurboRAW.
OnePlus 10T akan menjalankan sistem operasi Oxygen OS 12.1 yang dibina berasaskan Android 12. Oxygen OS pada OnePlus 10T ini turut mempunyai ciri permua dan ciri peningkatan prestasi tersendiri mereka iaitu HyperBoost Gaming Engine dan AI System Booster. Kemaskini untuk peranti adalah 3 tahun sistem operasi dan 4 tahun tampalan sekuriti.
Pada peranti ini, OnePlus turut menggunakan sistem penyejukan baharu yang mereka dakwa antara terbesar pernah digunakan pada peranti mereka. Mereka menggunakan sistem kebuk wasap cryo-velocity dengan lapan saluran lesapan pada struktur 3D.
OnePlus turut kekal menggunakan sistem audio speaker stereo, menggunakan Bluetooth 5.2, sokongan sambungan USB-C 2.0 dan untuk sekuriti menyahkunci peranti adalah dengan pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal. Untuk sambungan data mudah alih 5G dan WiFi, peranti ini menggunakan antena 360 darjah.
Untuk bateri, peranti ini dilengkapi dengan bateri dwi-sel 4,800mAh dengan sokongan pengecasan 150W SuperVOOC Endurance Edition, yang mereka jamin boleh mengecas peranti dari 1%-100% dalam tempoh 19 minit sahaja. Bagi memastikan bateri peranti kekal sihat dan tidak bermasalah, OnePlus turut menyertakan ciri Battery Health Engine untuk meningkatkan jangka hayat ketahanan bateri. OnePlus juga mempunyai sistem Smart Battery Health Algorithm dan Battery Healing Technology bagi memastikan peranti boleh dicas dengan pantas tanpa masalah dan peranti boleh digunakan sambil dicas.
OnePlus 10T 5G di Malaysia akan hadir dengan pilihan warna Jade Green dengan tekstur lembut yang mengambil inspirasi daripada seramik serta batu jed dan warna hitam Moonstone Black yang terkenal dengan tekstur seakan sandstone.
Harga jualan OnePlus 10T akan diumumkan 18 Ogos akan datang dengan jualan akan bermula 1 September. Di Amerika Syarikat, peranti ini dijual pada harga $649 (~RM2890) untuk 8/128 GB dan $749 (~RM3336) 16/256 GB .
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment