Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo India Pula Dituduh Mengelak Membayar Cukai Di India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo India Pula Dituduh Mengelak Membayar Cukai Di India


Vivo menjadi sebuah lagi syarikat yang dituduh cuba mengelak membayar cukai di India. Dalam laporan terkini, Vivo India didapati mengelak cukai bernilai ₹22.1 bilion (~RM1.24 bilion)dengan memfailkan dokumen import yang berbeza berbanding nilai sebenar.

Direktorat Perisikan Hasil India melakukan serbuan ke atas 44 premis milik Vivo India dengan beberapa aset telahpun dirampas. Syarikat turut dituduh memindahkan $8 bilion ke syarikat China sejak lima tahun yang lalu dengan mengelak membayar cukai.

Sebelum ini Xiaomi telah dituduh melakukan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai juga oleh pihak berkuasa India sehingga akaun bank syarikat telah dibekukan. Pelbagai siasatan telah dilakukan oleh pihak berkuasa India ke atas syarikat telekomunikasi dari China tahun ini.

Ia dilihat sebagai satu lagi kesan ketegangan antara China dan India yang berlaku selepas tentera kedua-dua negara bertempur di sempadan Himalaya dua tahun yang lalu. Sebelum ini ratusan aplikasi dari China seperti TikTok dan PUBG Mobile telah diharamkan atas alasan ia boleh digunakan untuk mengintip.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.