Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oxygen OS 13 Dilancarkan Dengan Rekaan Baharu Berasaskan Alam Semulajadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oxygen OS 13 Dilancarkan Dengan Rekaan Baharu Berasaskan Alam Semulajadi


Bulan lepas, OnePlus telah mengacah kehadiran sistem operasi baharu mereka iaitu Oxygen OS 13. Sistem operasi ini dibina berasaskan Android 13 dan bersama-sama dengan pelancaran OnePlus 10T, Oxygen OS 13 turut dilancarkan.

Oxygen OS 13 menggunakan rekaan serba baharu yang digelar Aquamorphic. Sekuriti juga telah dipertingkatkan dengan banyak ciri dan fungsi disertakan berdasarkan permintaan oleh komuniti OnePlus.

Dengan kemaskini baharu ini pengguna mempunyai lebih banyak pilihan kustomasi seperti penggunaan always-on display dengan sokongan Spotify dan informasi pesanan makanan. Oxygen OS 13 turut hadir dengan ciri pertukaran audio untuk TWS mereka dengan pantas seakan sistem Apple. Ciri permainan yang diperbaharui serta sambungan Internet yang lebih lancar.

Oxygen OS 13 akan diberikan kepada peranti OnePlus 10 Pro terlebih dahulu dengan OnePlus 10T akan menerimanya pada hujung tahun. Secara berperingkat peranti OnePlus di bawah turut akan menerima kemaskini ini;

  • OnePlus 8
  • OnePlus 8 Pro
  • OnePlus 8T
  • OnePlus 9
  • OnePlus 9 Pro
  • OnePlus 9R, OnePlus 9RT
  • OnePlus 10R
  • OnePlus Nord 2
  • OnePlus Nord 2T
  • OnePlus Nord CE
  • OnePlus Nord CE 2
  • OnePlus Nord CE 2 Lite


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.