Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple iPhone 14 | 14 Plus Rasmi Dengan Cip A15, Skrin Masih Bertakuk Dan Perisian Kamera Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple iPhone 14 | 14 Plus Rasmi Dengan Cip A15, Skrin Masih Bertakuk Dan Perisian Kamera Baharu


Di acara Apple Far Out pagi ini, Apple telah melancarkan empat model iPhone baharu seperti yang diramalkan sebelum ini. Walaupun ada empat, tetapi satu model telah dimatikan. Kita lihat terlebih dahulu dua iPhone yang lebih rendah, iaitu iPhone 14 dan 14 Plus. Sekali imbas nampak serupa, tetapi apa pula Apple tawarkan kali ini?

Pertama sekali adalah pada skrin, iPhone 14 menggunakan skrin OLED sebesar 6.1″ sementara iPhone 14 Plus pula dengan saiz 6.7″ yang menyokong Super Retina XDR. Seperti sebelum ini, Apple meneruskan rekaan segi empat mereka. Depan dan belakang rata, siri juga rata, keseluruhan masih sama, malah sokongan ProMotion juga tidak disertakan. Walau bagaimanapun Apple kini menawarkan lima pilihan warna.

Skrin terus menggunakan rekaan takuk, dengan sistem Face ID masih boleh digunakan untuk menyahkunci peranti. Kedua-dua iPhone juga masih menjalankan cip yang sama tahun lepas iaitu dijana cip Apple A15 Bionic. Cuma kelebihan pada iPhone baharu ini, GPU yang digunakan adalah lima kali ganda lebih pantas.

Konfigurasi dwi-kamera di belakang juga masih sama iaitu dua sensor 12-megapixel. Sokongan Sensor-Shift dikekalkan, yang baru adalah Photonic Engine untuk gambar waktu malam, mod malam serta kamera swafoto lebih berkualiti dengan pasca-proses dua kali lebih laju. Kamera swafoto juga sama 12 – Megapixel. Beberapa mod rakaman video baharu turut disediakan seperti mod penstabilan tambahan.

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus turut menyokong ciri panggilan kecemasan terus melalui satelit. Sementara model di Amerika Syarikat hanya akan fokus kepada model sokongan eSIM sepenuhnya. Untuk keselamatan, seperti Apple Watch Series 8 dan Apple Watch Ultra, iPhone 14 turut boleh memaklumkan pihak kecemasan jika ada kemalangan kenderaan berlaku.

Di Amerika Syarikat, iPhone 14 dan iPhone 14 Plus akan dijual pada 16 September dan 7 Oktober pada harga permulaan $799 dan $899 iaitu sekitar RM3,597RM4,047. Harga jualan dan tarikh jualan pasaran tempatan masih belum didedahkan lagi buat masa ini.

Sedang dikemaskini…



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.