Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPhone 14 Yang Dijual Di China Tidak Menyokong Ciri SOS Kecemasan Menggunakan Satelit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPhone 14 Yang Dijual Di China Tidak Menyokong Ciri SOS Kecemasan Menggunakan Satelit


Antara ciri menari yang diumumkan awal pagi tadi pada siri iPhone 14 dan iPhone 14 Pro ialah sokongan penghantaran mesej SOS kecemasan menggunakan satelit. Dengan ciri ini pengguna iPhone 14 boleh menghantar mesej pesanan ringkas kecemasan bagi mendapatkan bantuan kecemasan apabila tiada sokongan rangkaian selular atau WiFi.

Untuk merealisasikan ciri ini, Apple bekerjasama dengan Globalstar dengan pengguna turut boleh memastikan diri mereka boleh dikesan menggunakan ciri Find My apabila sesat. Pada waktu ini ciri ini akan diterima oleh pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada bermula November kelak dengan ia ditawarkan percuma selama dua tahun.

Namun begitu Apple mengesahkan peranti yang dibeli dari China Hong Kong, dan Makau tidak akan menyokong ciri SOS kecemasan ini. Ini besar kemungkinan perkhidmatan ini akan menggunakan sistem satelit berbeza. Huawei Mate 50 yang dilancarkan minggu ini turut mempunyai ciri yang sama tetapi menggunakan satelit Beidou 3.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.