Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pameran Penerbangan Selangor 2022 Dilancarkan – Acara Berlangsung 8-10 September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pameran Penerbangan Selangor 2022 Dilancarkan – Acara Berlangsung 8-10 September


Pameran Penerbangan Selangor 2022 (Selangor Aviation Show) telah dilancarkan secara rasmi pagi ini oleh DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. Acara ini akan berlangsung dari 8-10 September 2022 di SkyPark Regional Aviation Centre (RAC) ini menggunakan tema Satu-Satunya Acara Penerbangan Perniagaan Di Rantau menumpukan perhatian kepada industri penerbangan perniagaan dan am.

Acara dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Invest Selangor ini dihadiri pelbagai syarikat dari Thailand, Indonesia, China, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Brazil, Kanada, Perancis, Switzerland, Republik Czech, Nigeria, UK dan Amerika Syarikat.

Sasaran SAS 2022 ialah untuk menjadikan Selangor khususnya Subang SkyPark sebagai hab penerbangan perniagaan di rantau Asia Tenggara. Antara yang ditawarkan di tapak pameran SAS 2022 ialah paparan produk, perkhidmatan, teknologi, pameran statik pesawat dan dron.

Pelawat industri perlu mendaftar terlebih dahulu untuk dua hari pertama dengan pameran kemudian dibuka kepada orang awam secara percuma pada 10 September. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pameran tahun ini, sila lawati laman https://selangoraviationshow.com/.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.