Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komputer Riba LG UltraPC 16 Dan 17 Dikemaskini Dengan Pilihan CPU AMD Dan Intel Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komputer Riba LG UltraPC 16 Dan 17 Dikemaskini Dengan Pilihan CPU AMD Dan Intel Baru


Di Malaysia, LG mungkin lebih dikenali untuk siri televisyen OLED pintar mereka ataupun perkakasan-perkakasan elektronik, tetapi mereka juga dikenali untuk komputer-komputer riba mereka di beberapa pasaran tertentu, dan terkini mereka telah mengemaskini penawaran salah satu model mereka dengan komponen-komponen terbaru.

LG UltraPC 16 dan LG UltraPC17 ialah siri komputer riba mereka yang hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding dengan siri LG gram. Dari segi paparan, LG UltraPC 16 dan 17 hadir dengan paparan IPS bersaiz 16 dan 17 inci dengan resolusi 1920×1200 dan 2560×1600.

Dari segi cip pemprosesan, LG UltraPC 17 dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-1260P manakala LG UltraPC 16 dikuasakan oleh AMD Ryzen 7 5825U dengan memori sebanyak 16GB, dimana LG UltraPC 17 menggunakan memori DDR5 dan LG UltraPC 16 menggunakan memori DDR4. Dari segi storan pula kedua-dua komputer riba ini menggunakan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Satu lagi perbezaan diantara kedua-dua komputer riba ini dapat dilihat daripada penawaran kad grafik dimana model 17 inci tampil dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti manakala model 16 inci menggunakan kad grafik AMD Radeon Vega 8 terbina didalam CPU.

Dari segi bateri pula, LG UltraPC 17 mempunyai bateri 80Wh dengan adapter pengecasan 150W manakala LG UltraPC 16 tampil dengan bateri 75Wh dengan adapter pengecasan 65W USB-C.

Komputer-komputer riba ini hadir ke pasaran-pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat terlebih dahulu pada harga $1599 (~RM7281) untuk LG UltraPC 17 dan $999 (~RM4550) untuk LG UltraPC 16.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.