Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazon Dijangka Membuang Hampir 10,000 Orang Pekerja Pada Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazon Dijangka Membuang Hampir 10,000 Orang Pekerja Pada Minggu Ini


Selepas Facebook mengurangkan sekitar 11,000 orang pekerja baru-baru ini, kini hadir laporan baharu mengatakan Amazon akan membuang sekitar 10,000 orang pekerja pada minggu ini.

Ia dikatakan Amazon akan mengurangkan pekerja pada beberapa bahagian, termasuk pada bahagian pembangunan peranti, bahagian peruncitan, dan juga bahagian sumber manusia.

Pembuangan pekerja ini dijangka akan menjadi pembuangan terbesar dalam sejarah Amazon. Mengikut laporan awal, pembuangan ini dijangka adalah berjumlah 3% daripada tenaga kerja korporat Amazon, dan kurang 1% daripada tenaga kerja global mereka yang berjumlah lebih 1.5 juta pekerja.

Amazon adalah syarikat teknologi terbaru yang turut terkesan dengan peredaran teknologi dan juga kesan ekonomi, membuatkan mereka turut perlu mengurangkan pekerja. Sebelum ini, antara syarikat yang turut telah menghentikan pekerja adalah Twitter, Meta, Snap, Lyft, Shopee dan sebagainya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.