Google Memperkenalkan Aplikasi Health Connect – Hab Setempat Kawalan Data Kesihatan Dan Privasi
Google Fit adalah aplikasi untuk memantau data kecergasan dan kesihatan pengguna yang menggunakan jam tangan pintar Wear OS atau penjejak kesihatan lain yang menyokong tambatan ke akaun Google Fit. Tetapi dengan adanya Wear OS 3.0, jam tangan pintar perlu menggunakan aplikasi tersendiri dan ada juga jenama memerlukan aplikasi kecergasan asing untuk memastikan data semua disimpan.
Contoh adalah pada jam Pixel Watch. Kawalan dan tetapan menggunakan aplikasi Pixel Watch, tetapi untuk kecergasan perlu menggunakan aplikasi Fitbit. Kini Google memperkenalkan aplikasi baharu iaitu Healt Connect sebagai hap setempat untuk memudahkan data-data kesihatan, kecergasan, dihubungkan pada jam-jam dan peranti Android.
Aplikasi in juga boleh mengawal segala tetapan privasi dan ia adalah satu hasil kerjasama bersama Samsung. Contohnya penggunaan aplikasi ini adalah, segala data aktiviti sukan, senaman, larian, imbasan nadi dan lain-lain menggunakan aplikasi Nike Run Club misalnya – turut boleh diselarikan terus ke dalam aplikasi Fitbit. Ini bermakna data daripada aplikasi kesihatan lain boleh dikongsi dengan aplikasi jam tangan pintar atau penjejak kesihatan pengguna.
Ciri ini adalah sama seperti yang Apple sudah lama tawarkan melalui Health yang terbina dalam iOS. Apabila ada jam tangan pintar disambungkan, ia akan meminta akses pemantauan data melalui Health dan pengguna perlu membenarkannya terlebih dahulu. Buat masa ini, terdapat 10 aplikasi yang menyokong Health Connect. Antaranya adalah Oura, MyFitnessPal, WeightWatchers, Lifesum dan Fitbit dan akan ditambah di masa akan datang nanti.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment